Jom Klik

Menghilangkan kelemumur

Posted by umiezul Labels:

Disini umi nk kongsi bersama kengkawan cara untuk hilangkan
kelemumur...Sape2 yg mempunyai masalah ini boleh ler try....
Marilah kita tengok ape cara2nyer...


Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.

Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.








2 gomelan:

  1. Be Simple Beb(BSB) - threeQ

    salam, pakai limau nipis nie memang betul.

  1. deCrewz

    Penah buat, mmg jadi tp sekarang Jai g salon je cuci..hu3. Tapi cara tradisional ni jugak yang terbaik...

Post a Comment