Jom Klik


Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

* PLEASE TAKE NOTE SHREDDERS MACHINES!!! *

Posted by umiezul Labels:

kawan2 blog aku tolong ler berhati-hati bila guna machine shredders...
Marilah kita tengok ape yang jadi kat tangan seorang hamba nie...

PLEASE BE CAREFUL WHEN YOU CARRYOUT ‘SISIH’ OF CLASSIFIED DOCUMENTS!
SHARE THIS INFO TO ALL QE ZONE MEMBERS AT YOUR SECTION.
Beware and be cautious when performing jobs. Accidents can occur anywhere, even at the office.
Sharing with you all regarding the picture of a hand that was accidentally caught inside a 'Paper Shredder'.
The person was trying to take paper jammed out from the shredder but didn't realize that her fingers was caught and pulled inside.
Remember always switch off the power and remove the power connection plug, when trying to remove any jammed paper.



Ni lah tangan seorang hamba yang terkena mesin shredders....

P/s: berhati-hatilah kawanku sekalian....jagalah tangan anda semua....


~best regards~
umi

Pokok Hiasan Beracun....Cuma untuk berkongsi

Posted by umiezul Labels:

Untuk pengetahuan anda semua..Sila berhati-hati dengan pokok di bawah ini...Nak taw lebih lanjut baca sampai abih ok....

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera.
Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun,lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklasifikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.